SELAMAT DATANG ! ENJOY WITH THIS BLOG :D

Thursday 4 October 2012

7 Tips Untuk Selesaikan Masalah Dalam Sebuah Hubungan

Dalam setiap hubungan, mesti akan ada masa-masa yang mana korang dan pasangan berselisih faham. Mana ada pasangan yang tak ada masalah woo. Itulah asam garam dalam setiap hubungan. Mahu atau tidak, korang kenalah jugak hadap. Best ke tidak, bukan soalnya.
Tapi, macam mana korang nak deal dengan situation ni jauh lebih penting. kan?
Saya taklah pakar sangat dalam hal tapi sikit-sikit tu bolehlah. Share lah pengalaman yang ada. Pengalaman kawan-kawan dan saudara mara juga! Sharing is caring kan? Ok, antara tips bila korang ada problem dengan partner ialah:-
1- Tenangkan diri
Tips ni pada saya sangat penting. Jangan cepat sangat melenting tak tentu hala bila ada problem. Tak perlu nak tunjuk hebat siapa yang bersuara dulu akan menang or what. Forget it. Pada saya, kunci utama untuk buat kita dapat berfikir secara bijak adalah dengan tenangkan diri. As orang islam, istigfar banyak-banyak dalam hati. (Jangan pulak korang buat zikir angguk-angguk kepala depan partner.ahaks!)
2- Beralah
Tips ini bukan semua orang boleh buat dan mampu buat. Depends pada orang tu jugak. For me, beralah ni adalah satu cara untuk psiko kan pasangan kita. Kalau kena caranya, boleh buat pasangan kita cair dan mudah-mudahan lembut balik hati dia kalau tengah marah.hohoho. Cuba lah!
3- Dengar luahan hati pasangan dengan penuh minat
Hmm, tips ini memang macam budak-budak sikit. Iya lah, nak kena dengar pulak kang setiap butir menda yang pasangan nak komplen. Ingat, tabahkan hati sebab silap-silap apa yang keluar daripada mulut dia tu boleh buat hati kita macam kena siat-siat. Tapi, cuba bersabar dan biarkan pasangan habiskan kata-kata. Tunjukkan yang korang prihatin juga dengan perasaan dia! Jangan jadi selfish.
4- Kawal diri
Kalau dah kata bergaduh, ada masa pasangan akan hilang pertimbangan. Mulalah nak buat adegan sumo lah, gusti lah. Kalau tak pun, ada masa mulut tak reti diam. Ada saja perkataan yang kurang enak dia nak sebutkan. Nak tunjuk protes. Ops, percayalah. Cara ni hanya buat keadaan jadi makin teruk. Lebih baik korang senyap dan kawal diri daripada buat or tunjukkan rasa marah korang tu! Bahaya woo
5- Belajar maafkan kesalahan
Tips ni siapa tak tahu, memang pasangan sengal lah. Rasanya semua agama ajar perkara yang sama tentang ini kan. Kta ni, bila hidup tak ada yang sempurna. Semua orang akan lakukan silap. Kalau masalah tu datangnya daripada pasangan korang, dan masalah tu hanya hal kecil..belajarlah untuk memaafkan! Itu lebih baik daripada korang terus nak berada dalam keadaan tegang tu. huhuhu. Lainlah kalau masalah tu susah korang nak maafkan sangat-sangat. Itu lain cerita!
6- Jangan merasa hanya kita yang betul dan pasangan yang salah
Awas ek, jangan seesekali buat hal ni. Tak kan ada masalah yang selesai kalau macam ni caranya. Jangan sesekali letakkan kesalahan tu 100% pada pasangan. Perlu ingat, setiap perkara yang jadi. Pasti ada puncanya. Fikir secara positif dan terbuka. Mungkin pasangan kita melakukan kesalahan disebabkan kelemahan kita! Siapa tahu kan????
7- Doa
Ini tips paling tip tip! Come on, setiap hal yang terjadi pasti ada hikmahnya. Berdoalah jika semua korang dah buat tapi masalah tetap ada. Kadang-kadang masalah yang datang tu cuma nak uji kita saja. Bersabarlah. Doalah mudah-mudahan Tuhan akan lembutkan hati pasangan kita. Itu yang saya buat biasanya sebab saya percaya Dia yang berikan masalah, maka pada Dialah saya berserah saja.
Itu saja. Jangan salah anggap. Saya bukanlah hebat tentang hubungan itu ini, cuma berkongsi apa yang ada. Pengalaman yang ada, saya kongsikan. Kalau korang ada tips lain untuk share dengan teman-teman lain, silakan! Saya akan sangat berbesar hati. hehehe
p/s: Selamat berhujung Minggu!

No comments:

Post a Comment